26.2.18

Sambal Getok Crispy Utara - Keenakan Warisan Sentuhan Moden

Assalamualaikum wbt...



Memperkenalkan, produk terkini iaitu Sambal Getok Crispy Utara... (SGCU)

Apakah ianya? SGCU ialah satu produk makanan berasakan ikan bilis yang dikeluarkan oleh pengusaha Bumiputera dari Sungai Petani, Kedah. Dengan kerangupan dan rasa pedas yang tersendiri, SGCU amat sesuai menjadi penambah rasa makanan ada, sama ada nasi, bubur, roti dan sebagainya...

Produk yang dijamin HALAL dan bersih ini boleh juga dimakan begitu sahaja. Dengan harga RM10 yang sangat berpatutan, kini anda boleh menikmati "keenakkan warisan sentuhan moden".

Apa yang menarik, kini SGCU boleh didapati di Lembah Kelang, dengan pihak kami menjadi wakil jualan. Harga yang sama RM10 bagi satu bekas 200 gram, tempahlah sekarang dengan menghubungi kami melalui whatsapp, ke 019-5609391


9.2.18

2018 - Terkini

Bismillahhirahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera semua.

Setelah sekian lama, Mozal Jaya Enterprise beroperasi tanpa premis, Alhamdulillah bermula Februari 2018 kami kembali menjalankan perniagaan di Taman Melawati, Kuala Lumpur. Semuanya atas ikhsan sahabat baik kami, dalam sama-sama membantu ekonomi sesama kami.

Syukur juga, walaupun terdapat halangan dan dugaan tertentu, berjaya juga menempatkan satu meja khusus untuk urusan Mozal Jaya Enterprise. Bermula semula dari bawah, adalah satu cabaran yang akan ditempuhi.

Sesuai dengan tempat baru dan hala tuju baru, antara highlight produk seperti gambar-gambar berikut:

 Beg Woven untuk majlis

 Balang Gula-gula untuk doorgift

 Kotak DIY doorgift

Pek harijadi / Birthday Pack


Jemput layari laman media sosial kami seperti berikut:


https://www.facebook.com/deskupi/

https://www.instagram.com/abg.online/?hl=en



17.3.14

Operasi Terkini

Terima kasih di atas sokongan berterusan semua.

Untuk respon lebih cepat untuk setiap pertanyaan, mohon sms atau whatsapp ke 019-5609391... email juga masih aktif...

Terima kasih

27.6.13

PENUTUPAN OPERASI

Maaf... kami telah menutup operasi di Ukay Perdana... Pertanyaan lanjut, hubungi mozal.group@gmail.com atau Facebook https://www.facebook.com/TerbaikOnlineShop

26.1.12

Perkhidmatan Mengambil Gambar Passport di Ukay Perdana

MJ Station Ukay Perdana, menyediakan perkhidmatan baharu, bermula Januari 2012 iaitu perkhidmatan mengambil gambar bersaiz passport dan visa haji/umrah.

RM10 dikenakan bagi 4 (empat) keping gambar tersebut.

Siap dalam masa 15-20 minit.

5.7.11

Masa Beroperasi Terkini

ISNIN - JUMAAT

9.30 pagi - 6.00 petang


SABTU - AHAD & CUTI UMUM

Tutup

(Menerima tempahan khas sahaja yang dimaklumkan lebih awal)


2.10.10

Menghampiri Ulangtahun Pertama MJ Station

16 Oktober 2009 merupakan tarikh di mana Pusat Fotostat MJ Station, Ukay Perdana mula beroperasi secara rasminya.

16 Oktober 2010, insya Allah akan genap setahun MJ Station beroperasi.

Terima kasih di atas sokongan warga Ukay Perdana.