30.12.09

Prepaid Handphone / Prabayar / Credit Top Up


Pekhidmatan jualan kad prabayar / kredit / reload coupon / autoreload kaedah terbaru. Dimana pengguna mempunyai pilihan, sama ada untuk membeli kad tambah nilai telefon bimbit prabayar (prepaid) seperti biasa atau dengan menambah nilai terus (auto reload) ke nombor telefon masing-masing.

etopup2u menyediakan perkhidmatan ini dengan berkesan, mudah dan selamat. Sesiapa sahaja boleh menyertai, menjual atau menggunakan perkhidmatan. Hanya daftar di etopup2u dan anda telah bersedia untuk menjual sendiri dan menjana pendapatan.

Celcom, Maxis (Hotlink), Digi, UMobile, ITalk, Tune Talk, top up Indonesia semuanya ada di sini. Dengan satu pendaftaran, anda layak menjual produk di atas dengan kadar komisyen yang memberansangkan. Bayangkan, komisyen sehingga 5% bagi setiap jualan (bergantung kepada jenis telco)

Sesiapa sahaja layak untuk menjual prepaid. Segala maklumat yang diperlukan boleh dibaca di etopup2u.

Ayuh, ILMU perniagaan tidak sepatutnya disembunyikan. Di sini kami ingin sama-sama berkongsi peluang perniagaan.

Sama ada untuk dijual atau kegunaan sendiri, anda tentukan...

Layari etopup2u untuk maklumat lanjut.

19.10.09

MJ Station

Alhamdulillah, Mozal Jaya berjaya membuka cawangan kedai fotostat dan perkhidmatan seangkatan dengannya di alamat berikut:

10G, Jalan UP 1/7, Ukay Perdana, 68000 Ampang, Selangor.

Ianya bersebelahan dengan IZZI Laundry.

Perkhidmatan:

1. Fotostat
2. Binding
3. Laminating
4. Prepaid Top Up
5. Lain-Lain perkhidmatan yang seangkatan dengannya...

Sila beri sokongan.

Terima kasih.

1.10.09

Jawapan Dari Ministry of Health Malaysia

Pihak Mozal Jaya telah mengambil inisiatif untuk mendapatkan penjelasan lebih lanjut daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (MOH) berkaitan penggunaan mask penutup hidung dan mulut jenis washable dan pelbagai warna dan corak seperti dipasarkan Mozal Jaya. Berikut adalah jawapan email daripada pihak MOH.

Salam sejahtera,

Terima kasih kerana menghubungi KKM.

Untuk makluman, KKM tidak menjalankan kajian tentang keselamatan penggunaan penutup hidung dan mulut jenis ini dan pihak KKM juga tidak memberi pengiktirafan sama ada penutup jenis ini mampu mengelak jangkitan H1N1 sebaliknya badan-badan kajian antarabangsa yang dapat memberi pengiktirafan.

Sehingga kini, tiada bukti keberkesanannya serta fungsinya tidak diketahui . Walau bagaimanapun, orang ramai disyorkan menggunakan surgical mask.
Maklumat terkini, sila layari
http://h1n1.moh.gov.my atau www.moh.gov.my.
sekian, terima kasih.


Zuraida Mohd Aziz
CPRC, MOH

30.9.09

Berdaftar Dengan Kementerian Kewangan

Mozal Jaya Enterprise telah berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di dalam bidang-bidang berikut:

  1. 010201 Alatulis (tidak termasuk borang / kertas komputer)
  2. 020101 Perabut
  3. 020201 Mesin-Mesin Pejabat
  4. 020300 Perkakas Elektrik
  5. 020500 Peralatan Pencucian & Pembersihan
  6. 070100 Peralatan / Pakaian Sukan
  7. 070200 Cenderamata & Hadiah
  8. 080400 Makanan Dalam Tin / Botol / Bungkus
  9. 080501 Makanan Bermasak Islam
  10. 221706 Perkhidmatan Fotostat / Faksimili

Mozal Jaya Enterprise juga mendapat akuan milik 100% Bumiputera.

No. Rujukan : 357-02139700

10.9.09

Fancy & Washable Face Mask - Teenager and Adult 2

SUITABLE FOR TEENAGERS AND ADULTS



Pilihan Enam Warna... Harga Bermula dari RM7.00 sehelai
Berminat menjadi agen jualan? Pakej harga menarik ditawarkan. Hubungi Mozal segera di mozal.group@gmail.com

Fancy & Washable Face Mask - Teenager and Adult

SUITABLE FOR TEENAGERS AND ADULTS



Pilihan Enam Warna... Harga Bermula Dari RM8.00 sehelai
Berminat untuk menjadi agen jualan? Pakej harga menarik ditawarkan.Hubungi Mozal segera di mozal.group@gmail.com

Fancy & Washable Face Mask - Kids

SUITABLE FOR KIDS 14 YEARS OLD AND BELOW




Koleksi untuk Kanak-kanak dibawah 12 tahun - Harga Bermula dari RM6.00 sehelai
Berminat untuk menjadi agen jualan? Pakej harga menarik ditawarkan.
Hubungi Mozal segera di mozal.group@gmail.com

Fancy & Washable Face Mask - Kid and Baby


SUITABLE FOR 6 YEARS OLD AND BELOW




Face Mask untuk bayi dan 6 tahun kebawah.... harga bermula dari RM5.00 seunit.

Berminat untuk menjadi agen jualan? Pakej harga menarik ditawarkan.
Hubungi Mozal segera di mozal.group@gmail.com




14.8.09

MOZAL JAYA ENTERPRISE

Nama Syarikat : Mozal Jaya Enterprise
No. Syarikat : SA0035249-A

Mozal Jaya Enterprise (Mozal Jaya) telah didaftarkan pada 5 September 2006. Di antara aktiviti awal perniagaan ini ialah :

  1. Menerbitkan buku motivasi.
  2. Membuat dan membekal pelbagai jenis kek dan hasil bakeri kepada pelbagai pelanggan, daripada individu hingga pelanggan pejabat.
  3. Membekal bahan bercetak kepada pelanggan korporat (buku, banner, bunting dan sebagainya)

Setelah beberapa ketika, aktiviti Mozal Jaya telah berkembang dan mempelbagaikan lagi aktiviti perniagaan, antaranya :

  1. Membekalkan komputer / laptop kepada pelanggan-pelanggan kerajaan (skim pinjaman komputer).
  2. Aktiviti konsultansi dan khidmat nasihat kepada pelbagai individu / perniagaan.
  3. Mengurus dan menyelaras pelbagai program latihan dan siri ceramah; sama ada melibatkan sekolah, syarikat, badan kerajaan mahupun badan politik.
  4. Membekal pelbagai peralatan dan barangan am kepada pelbagai organisasi; sama ada dibekalkan sendiri oleh Mozal Jaya atau diagihkan kepada rakan-rakan niaga yang lain.

Dengan kepelbagaian aktiviti, Mozal Jaya menggunakan segala sumber dan jalinan hubungan yang baik dengan semua pihak untuk melicinkan aktiviti perniagaannya. Sesuai dengan itu juga, Mozal Jaya telah berhasrat untuk membangunkan laman blog ini sebagai satu portal yang menghimpunkan pelbagai sumber rakan niaga di bawah satu bumbung.

Penerbitan Mozal Jaya ---> http://ebookcentre-ebookmelayu.blogspot.com/
Kek dan Bakeri ---> http://sufeeshomebaked.blogspot.com/

13.8.09

PENGENALAN

SELAMAT DATANG!!!

Mozal's Business Group ialah sebuah laman yang dibangunkan khusus untuk menghimpun dan meletakkan rakan-rakan niaga di bawah satu bumbung. Ianya boleh juga dikenali sebagai "ONE STOP CENTRE" yang menyenaraikan pelbagai syarikat dan cabang perniagaan dari satu sumber, di Mozal's Business Group.

Syarikat atau perniagaan yang tersenarai mempunyai kepakaran dan kebolehan tersendiri di dalam bidang masing-masing. Dengan pengalaman dan kepakaran itu, kami percaya laman ini adalah satu lokasi terbaik untuk anda mencari apa yang anda hajati.

Dalam pada itu, kami juga bersedia untuk menyenaraikan syarikat atau perniagaan anda, sekiranya anda merasakan ingin turut serta dikenali dan sama-sama merasai 'agihan kek' perniagaan sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.

Dengan objektif mewujudkan satu konsortium perniagaan yang meliputi pelbagai cabang perniagaan, kami bersedia untuk menyenaraikan pelbagai jenis perniagaan, selagi ianya wujud dan sah serta tidak melanggar mana-mana undang-undang.

Akhirkata, sekiranya anda mempunyai sebarang komen / cadangan / usul / pertanyaan, emailkan sahaja ke mozal.group@gmail.com

TERIMA KASIH