2.10.10

Menghampiri Ulangtahun Pertama MJ Station

16 Oktober 2009 merupakan tarikh di mana Pusat Fotostat MJ Station, Ukay Perdana mula beroperasi secara rasminya.

16 Oktober 2010, insya Allah akan genap setahun MJ Station beroperasi.

Terima kasih di atas sokongan warga Ukay Perdana.

17.9.10

Ucapan

Assalammualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Kepada semua pelanggan dan rakan niaga Mozal Group yang dihormati, kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Semoga semua menyambutnya dengan gembira dan sejahtera.

12.4.10

JAWATAN KOSONG - PEMBANTU KEDAI

MJ STATION memerlukan seorang PEMBANTU KEDAI bagi mengisi kekosongan jawatan di Ukay Perdana.

Syarat Kelayakan
1. Warganegara Malaysia
2. Berumur 18 hingga 25 tahun
3. Sihat tubuh badan
4. Kelayakan PMR/SPM
5. Pengalaman tidak diperlukan, latihan diberikan "On The Job Training"
6. Minat / Amanah / Bertanggungjawab / Tekun
7. Lelaki / Perempuan boleh memohon
8. Pengetahuan asas komputer
9. Taraf jawatan : sementara / tetap

Faedah
1. Elaun Tetap
2. Tempoh kerja fleksibel
3. Elaun Perjalanan
4. Elaun Telefon
5. Elaun Lebihmasa (overtime)
6. Komisyen jualan
7. Peluang mempelajari selok belok perniagaan

Cara Memohon
SMS {nama} {no IC} {alamat semasa} ke 019 - 560 9391

Tarikh Tutup
30 APRIL 2010

4.1.10

Pakej Tawaran Pusat Tuisyen Ukay Perdana

PAKEJ FOTOKOPI MJ STATION

i. PAKEJ TUNAI : RM0.05 sehelai bagi fotokopi sebelah muka saiz A4

ii. PAKEJ KREDIT : RM0.07 sehelai bagi fotokopi sebelah muka saiz A4 (dibil seminggu sekali atau dua minggu sekali mengikut pilihan)

Terma dan syarat:
1. Harga pakej ditawarkan kepada Pusat Tuisyen Sahaja.

2. Tiada jumlah minimum.

3. Perkhidmatan mengetip (staples), mengambil dan menghantar PERCUMA.

4. Fotokopi menggunakan kertas IK Plus bersaiz A4

5. Harga adalah betul pada tarikh tawaran. Sebarang perubahan harga akan diberitahu dari masa ke semasa.

6. Sebarang pertanyaan, maklumat lanjut sila hubungi Mohamad Faizal, 019-560 9391 atau email mozal.group@gmail.com

SEKIRANYA ANDA ADALAH PENGUSAHA PUSAT TUISYEN DI UKAY PERDANA ATAU KAWASAN SEKITAR, JANGAN LEPASKAN PELUANG INI!!! HUBUNGI SEGERA UNTUK PERKHIDMATAN YANG DIPERLUKAN....

Perkhidmatan lain:

Binding (comb/press), Menjilid (tesis/kontrak), rubber stamp, scanning, colour printing, laminating. Kami sedia menerima tempahan....

2.1.10

Selamat Kembali Ke Sekolah

Mozal Group ingin mengucapkan selamat kembali ke sekolah terutamanya kepada adik-adik para pelanggan kami yang akan menyambung persekolahan tahun 2010, juga kepada para guru : Selamat Bertugas dan Membimbing Para Pelajar.

Semoga kedatangan tahun baru, alam baru, musim baru dan azam baru akan memberikan sinar kebahagian dan mendapat keputusan seperti yang diidamkan.

Kepada para ibu bapa pula, sesuai dengan sesi baru persekolahan ini, terutamanya kepada para ibu bapa yang menghantar anak buat kali pertama ke sekolah (darjah satu), kami juga mengucapkan selamat menempuhi alam baru dan bersabarlah melayan karenah anak-anak serta perbelanjaannya.... :-)

Akhirkata, Mozal Group melalui MJ Station di Ukay Perdana sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kejayaan para pelajar dalam menghadapi sesi baru persekolahan mereka.

Sekian.